latar belakang keluarga chairil anwar
Pertanyaan
1 Jawaban
-
1. Jawaban shafwana007
*)Latar Belakang Keluarga Chairil AnwarChairil Anwar merupakan anak tunggal Toeleos dan Saleha. Ayahnya bernama Toeloes, mantan bupati Kabupaten Indragiri Riau, berasal dari Taeh Baruah, Limapuluh Kota, Sumatra Barat. Ibunya Saleha, berasal dari Situjuh, Limapuluh Kota. Sebagai anak tunggal, orang tuanya selalu memanjakannya. Namun, Chairil cenderung bersikap keras kepala dan tidak mahu mengaku kalah. Ini merupakan cerminan keperibadian orang tuanya.Chairil Anwar masih mempunyai ikatan keluarga dengan Perdana Menteri pertama Indonesia, Sutan Sjahrir.
Chairil Anwar dibesarkan dalam keluarga yang pincang. Pada usia 19 tahun, ibu bapanya bercerai dan ayahnya berkahwin lagi. Chairil mengikut ibunya ke Jakarta dan mula mengenali dunia sastera. Nama Chairil mula dikenali di lingkungan seniman dan budayawan Jakarta ketika dia berusia 21 tahun iaitu pada tahun 1943. Dia bergaul dengan para sasterawan dan budayawan kerana dia kerap muncul di Keimin Bunka Shidoso, pusat kebudayaan tentera Jepun.
NB: Mohon maaf bila ada kesalahan.